Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,200 warga SMK Kai Chung sertai program keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

1,200 warga SMK Kai Chung sertai program keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESERTA belajar mengendalikan alat pemadam api dengan betul. Foto BBP Bintangor.

BINTANGOR: Seramai 1,200 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung menyertai program keselamatan kebakaran yang dikendalikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan kebakaran dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

“Program yang dijalankan dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi itu melibatkan empat anggota bomba BBP Bintangor.

PESERTA belajar mengendalikan alat pemadam api dengan betul. Foto BBP Bintangor.

“Program ini penting bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar dan warga sekolah mengenai langkah keselamatan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, antara pengisian utama program termasuk ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

“Ceramah dan demonstrasi ini bertujuan memberi pemahaman kepada peserta mengenai cara penggunaan alat pemadam api yang betul selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.

PESERTA belajar mengendalikan alat pemadam api dengan betul. Foto BBP Bintangor.

“Pendidikan keselamatan kebakaran di sekolah amat penting dalam membentuk budaya pencegahan kebakaran sejak peringkat awal.

“Ia juga membantu meningkatkan keyakinan pelajar, guru dan kakitangan sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan secara lebih teratur dan selamat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Murid SK Lutong didedah keselamatan kebakaran
Next: 23 anggota APM Meradong sertai latihan intensif di PKOD Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.