Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor jalankan pemeriksaan cegah bahaya kebakaran di enam premis
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor jalankan pemeriksaan cegah bahaya kebakaran di enam premis

Utusan Sarawak 9 hours ago
 ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan MBK di enam premis, semalam. Foto BBP BIntangor.

BINTANGOR: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di enam premis sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pemeriksaan tersebut dilaksanakan dari 9.15 pagi hingga 10.35 pagi semalam melibatkan Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang bersama dua anggota bomba.

“Pemeriksaan ini dijalankan bagi memastikan setiap premis mematuhi aspek keselamatan kebakaran dan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

 ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan MBK di enam premis, semalam. Foto BBP BIntangor.

“Antara perkara yang diberi perhatian sepanjang pemeriksaan ialah keadaan alat pemadam api, laluan keluar kecemasan dan potensi bahaya kebakaran di premis terlibat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, pihak bomba turut memberi taklimat ringkas kepada pemilik dan pekerja premis berkaitan tatacara penggunaan alat pemadam api dan aspek penjagaannya.

“Langkah pemeriksaan secara berkala amat penting bagi memastikan tahap keselamatan kebakaran di premis sentiasa berada dalam keadaan baik dan mematuhi piawaian ditetapkan.

“Kesedaran mengenai keselamatan kebakaran perlu dipupuk dalam kalangan pemilik premis dan pekerja supaya tindakan awal dapat dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.

“Pemeriksaan ini juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan penyelenggaraan peralatan keselamatan kebakaran di premis masing-masing,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam tingkat kesiapsiagaan anggota APM Saratok
Next: Generasi muda digalak kuasai lebih daripada satu bahasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.