Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Zon bebas cukai Bintulu dijangka tarik lebih ramai pelabur
  • TEMPATAN

Zon bebas cukai Bintulu dijangka tarik lebih ramai pelabur

Utusan Sarawak 10 hours ago
KETIBAAN Datuk Majang Renggi disambut penuh meriah oleh tetamu dan komuniti masyarakat Dayak pada Majlis Mantar Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2026 di sebuah restoran di Bintulu semalam.

BINTULU: Penubuhan kawasan zon bebas cukai di Bintulu dijangka mampu menarik lebih ramai pelabur dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan itu.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Majang Renggi berkata, penubuhan zon berkenaan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada awal tahun ini.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, inisiatif tersebut diyakini mampu meningkatkan aktiviti perdagangan serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

“Dengan adanya zon bebas cukai ini, ia sudah tentu akan menarik lebih ramai pelabur untuk menggunakan pelabuhan di Bintulu.

“Pada masa sama, langkah ini juga dijangka dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat menerusi pertumbuhan ekonomi dan peluang pelaburan yang lebih luas,” katanya.

DATUK Majang Renggi menerima cenderamata sempena Majlis Mantar Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2026 di sebuah restoran di Bintulu semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mantar Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2026 di sebuah restoran di sini, semalam.

Tambahnya, kerajaan Sarawak turut melaksanakan langkah memperkukuh pengurusan pelabuhan menerusi pengkorporatan dan pengelompokan pelabuhan mengikut kepakaran masing-masing di bawah Sarawak Port Master Plan.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak juga sedang dalam proses mengambil alih daripada Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh pengurusan pelabuhan di negeri ini.

DATUK Majang Renggi berucap pada Majlis Mantar Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2026 di sebuah restoran di Bintulu semalam.

Katanya, pendekatan tersebut akan membantu meningkatkan daya saing pelabuhan selain mengurangkan pertindihan fungsi antara pelabuhan utama di Sarawak.

Turut hadir, Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Dato Haidar Khan Asghar Khan, Pegawai Daerah Bintulu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu 2026, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Collin Patan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Pengukuhan grid elektrik Bahagian Betong dipergiat demi keselesaan rakyat
Next: Pembangunan Kapit terus diperkasa melalui kerjasama semua pihak – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.