Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Kuching serbu pusat hiburan, rampas dadah bernilai RM12,700
  • JENAYAH

Polis Kuching serbu pusat hiburan, rampas dadah bernilai RM12,700

Utusan Sarawak 7 hours ago
DADAH yang dirampas dari pusat hiburan

KUCHING: Polis menahan dua individu serta merampas dadah disyaki bernilai RM12,700 dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini awal pagi semalam. Serbuan dijalankan sekitar 12.45 pagi pada 17 Mei.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi tersebut membawa kepada penahanan dua suspek berusia 22 dan 23 tahun membabitkan seorang warga tempatan dan seorang warga asing.

“Hasil pemeriksaan di premis berkenaan turut menemukan beberapa jenis dadah disyaki,” katanya.

Antara rampasan ialah lapan paket plastik hitam berlabel ‘IP MAN’ dan lima paket plastik putih berlabel ‘JUICE MASTER’ yang mengandungi serbuk disyaki dadah jenis jus ekstasi atau MDMA seberat 476.40 gram.

Polis turut merampas satu paket plastik merah jambu bercorak arnab yang mengandungi 50 biji pil merah jambu dan 48 biji pil oren disyaki pil ekstasi dengan jumlah berat keseluruhan 54.52 gram.

Menurut Alexson, nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM12,700.

Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif dadah.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Alexson berkata, kejayaan operasi tersebut adalah hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN Bukit Aman di 012-2087222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di 017-5929211.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Polis tahan wanita warga China cuba ceroboh pintu pelepasan antarabangsa Terminal 1 KLIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.