Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 30,000 diarah berpindah, Bom Perang Dunia II dijumpai di Pforzheim, Jerman
  • GLOBAL

30,000 diarah berpindah, Bom Perang Dunia II dijumpai di Pforzheim, Jerman

Utusan Sarawak 12 hours ago
Foto hiasan.

SRUTTGART: Sekitar 30,000 orang telah diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka selepas bom Perang Dunia II yang tidak meletup ditemui di bandar Pforzheim di barat daya Jerman, kata polis pada Ahad, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Bom seberat 1.8 tan itu ditetapkan untuk dimatikan lewat hari ini, dengan anggota bomba sedang memeriksa sama ada semua penduduk telah meninggalkan zon pemindahan, kata jurucakap polis.

Bom HC-4000 itu dijumpai semasa kerja pembinaan di bahagian timur bandar itu, yang terletak sekitar 40 kilometer ke utara-barat Stuttgart.

Bom itu tidak menimbulkan ‘bahaya serta-merta kepada orang ramai’, kata pegawai bandar itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bandar berkenaan mewujudkan zon pengecualian dengan radius 1.5 kilometer ketika anggota bomba, polis dan pakar pemusnah bom bersedia untuk mematikan bom.

Sebahagian pusat bandar terjejas akibat perintah pemindahan, dengan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam turut terganggu.

Bom tersebut mengandungi sekitar 1.35 tan bahan letupan, menurut pegawai.

Meskipun lebih 80 tahun selepas tamatnya Perang Dunia II, adalah perkara biasa bagi bom yang tidak meletup daripada konflik berkenaan ditemui di Jerman. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya tiga maut dalam serangan dron besar-besaran di Wilayah Moscow
Next: Gunung berapi Dukono Indonesia meletus, abu menjulang 5,000 meter 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.