Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru di Indonesia meletus, orang ramai digesa jauhi kawasan berisiko
  • GLOBAL

Gunung Semeru di Indonesia meletus, orang ramai digesa jauhi kawasan berisiko

Utusan Sarawak 6 hours ago
GUNUNG Semeru Indonesia.

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan berisiko tinggi di sekitar Gunung Semeru selepas gunung berapi itu meletus beberapa kali sepanjang hujung minggu.

Gunung berapi itu meletus sebanyak tiga kali pada pagi Ahad dengan memuntahkan awan mengandungi abu setinggi 700 meter dari puncaknya.

Pada Sabtu, ia meletus dua kali dalam tempoh sekitar 90 minit, dengan awan mengandungi abu tertinggi mencecah sehingga 1,000 meter ke udara, menurut agensi berita Antara yang memetik Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).

Gunung Semeru kekal pada Status Tahap III (Siaga), menurut PVMBG.

Ia turut menggesa orang ramai agar tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam lingkungan 13 kilometer di bahagian tenggara puncak Gunung Semeru sepanjang Besuk Kobokan, alur sungai yang terdedah kepada aliran lava dan awan panas.

Penduduk serta pengunjung juga dilarang menjalankan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah berikutan risiko lontaran batu pijar. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lapan cedera selepas kereta rempuh pejalan kaki di utara Itali
Next: Sekurang-kurangnya tiga maut dalam serangan dron besar-besaran di Wilayah Moscow

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.