Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wabak Ebola di DRC: 13 kes varian jarang ditemui disahkan
  • GLOBAL

Wabak Ebola di DRC: 13 kes varian jarang ditemui disahkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

KINSHASA: Dalam penularan baharu virus Ebola berbahaya di Republik Demokratik Congo (DRC), sebanyak 13 kes varian Bundibugyo yang jarang ditemukan telah disahkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik agensi kesihatan Afrika, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC) hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika ini tidak mempunyai vaksin yang diluluskan bagi strain Bundibugyo. Afrika CDC berkata penularan terdahulu penyakit yang mengancam nyawa itu kebanyakannya melibatkan virus Ebola Zaire, iaitu varian paling lazim.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) (NIH), varian Bundibugyo mempunyai kadar kematian lebih rendah iaitu sekitar 37 peratus, berbanding strain Zaire yang boleh mencatat kadar kematian sehingga 90 peratus.

Afrika CDC berkata setakat ini empat kematian disahkan di wilayah Ituri di timur laut DRC yang bersempadan dengan Uganda dan Sudan Selatan. Di Uganda yang berjiran, satu kematian turut disahkan dengan varian Bundibugyo turut dikesan.

Menurut Afrika CDC, ketika ini terdapat 246 kes disyaki dan 65 kematian dilaporkan di DRC. Jangkitan tempatan di Uganda pula setakat ini belum disahkan.

Ini merupakan penularan Ebola ke-17 di DRC sejak 1976.

WHO, selepas menerima petunjuk awal kemungkinan kes pada awal Mei, menghantar pakar ke kawasan terjejas dan menyediakan bantuan AS$500,000 bagi langkah segera.

Afrika CDC berkata pihaknya bimbang terhadap risiko penularan lanjut virus itu kerana wabak semasa berlaku di kawasan sempadan bandar dengan pergerakan penduduk yang tinggi.

Pihak berkuasa berkata mereka telah memperketat pemeriksaan di sempadan, mengasingkan kontak rapat dan menggerakkan pasukan kecemasan di kawasan berisiko. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Guru Mexico ugut anjur protes sempena Piala Dunia susulan isu kenaikan gaji
Next: Korea Selatan lapor kematian berkaitan haba paling awal direkodkan tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.