Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Guru Mexico ugut anjur protes sempena Piala Dunia susulan isu kenaikan gaji
  • GLOBAL

Guru Mexico ugut anjur protes sempena Piala Dunia susulan isu kenaikan gaji

Utusan Sarawak 3 hours ago
GURU yang juga ahli Penyelaras Kebangsaan Pekerja Pendidikan (CNTE) menyertai perarakan protes bagi menuntut kenaikan gaji sempena Hari Guru di Mexico City pada 15 Mei 2026. Foto AFP

MEXICO CITY: Guru sekolah awam di Mexico berhimpun pada Jumaat bagi menuntut kenaikan gaji lebih tinggi, selain mengugut mengadakan protes besar-besaran semasa pembukaan kejohanan Piala Dunia bola sepak pada 11 Jun depan sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Kira-kira 3,000 ahli kesatuan Kesatuan Pekerja Pendidikan Kebangsaan berarak di Mexico City sempena sambutan Hari Guru sebelum dihalang oleh kawalan polis daripada menghampiri Kementerian Pendidikan.

“Pendidikan bukan keutamaan, sebaliknya perniagaan bernilai jutaan dolar seperti Piala Dunia yang diberi perhatian,” menurut tulisan pada sepanduk yang dibawa seorang penunjuk perasaan.

Seorang lagi penunjuk perasaan turut menimang bola sepak dengan kaki ketika menyertai perarakan itu.

Kerajaan dan kepimpinan rasmi kesatuan guru telah mencapai persetujuan mengenai kenaikan gaji sebanyak sembilan peratus, namun kesatuan berkenaan berdepan perpecahan apabila satu kumpulan penentang menuntut kenaikan sehingga 100 peratus.

SEORANG guru, memakai topeng ketika menyertai perarakan protes di hadapan barisan polis rusuhan di Mexico City pada 15 Mei 2026. Foto AFP

Gaji kasar permulaan bulanan bagi guru sekolah awam di Mexico dianggarkan bersamaan kira-kira AS$967.

“Kami menuntut agar segala tuntutan kami dipenuhi,” kata seorang guru yang menyertai protes itu, Filiberto Fraustro Orozco dari negeri Zacatecas di utara Mexico kepada AFP.

Beliau berkata, ahli kesatuan turut bersetuju untuk mengadakan protes besar-besaran sepanjang berlangsungnya kejohanan Piala Dunia.

Tindakan mogok guru sebelum ini pernah menyebabkan sebahagian besar Mexico City lumpuh selama beberapa hari apabila jalan utama, termasuk laluan menuju ke lapangan terbang antarabangsa, disekat.

Mexico menjangkakan kira-kira lima juta pelancong akan tiba sempena Piala Dunia yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat dan Kanada. – AFP

 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lelaki maut diserang jerung di Pulau Rottnest, Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.