Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penyasaran subsidi bahan api ambil kira perbelanjaan asas wajar, bukan pendapatan semata-mata
  • NASIONAL

Penyasaran subsidi bahan api ambil kira perbelanjaan asas wajar, bukan pendapatan semata-mata

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-INSAN) di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

KUALA LUMPUR: Penyaluran subsidi bahan api secara bersasar perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan mengambil kira aspek perbelanjaan asas wajar bagi memastikan program berkenaan benar-benar diterima oleh golongan sasaran.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata penentuan mekanisme itu tidak seharusnya hanya bergantung kepada klasifikasi pendapatan semata-mata kerana beban kewangan setiap isi rumah adalah berbeza.

“Cabarannya adalah menentukan threshold ataupun tahap yang mana sebenarnya boleh kita guna pakai. Pada pandangan Kementerian Ekonomi, perkara ini perlu dilihat dengan lebih menyeluruh.

“Bukan untuk memberikan klasifikasi yang boleh dipertikaikan oleh orang ramai dari perspektif yang berbeza, kerana semakin kita memahami keadaan ekonomi, perbandingan itu bukan semata-mata dari segi pendapatan tetapi juga dari segi perbelanjaan asas wajar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-INSAN) yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata Kementerian Ekonomi sedang menyusun peringkat penyasaran subsidi bagi memastikan pengurusan fiskal yang lebih baik, terutamanya bagi bahan api diesel.

“Kita tahu selagi konflik (Asia Barat) itu tidak selesai maksudnya beban itu semakin kita kena pikul bersama-sama, maka sebab itu langkah-langkah mitigasi atau intervensi berlaku dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai impak pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping ke atas ekonomi dunia, Akmal Nasrullah beliau berkata fokus utama kementeriannya adalah memperkukuh daya tahan ekonomi domestik.

“Apapun perkembangan yang berlaku pada masa ini di peringkat global, sudah tentu kita berharap keadaan akan reda tetapi bagi Malaysia, kita perlu memastikan dari segi kesinambungan bekalan daripada bahan api hinggalah kepada semua barangan lain.

“Kita cuba sedaya upaya untuk menguatkan lagi daya tahan (ekonomi) kita tetapi untuk mengulas mengenai perkembangan itu, saya tidak dapat nak menilai situasi sebenarnya,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia terus jadi rujukan dunia dalam pengurusan Islam, haji – Zulkifli
Next: PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, perkasa usahawan wanita B40

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.