Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir penghargaan kepada warga pendidik
  • PENDIDIKAN

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir penghargaan kepada warga pendidik

Utusan Sarawak 6 hours ago
Foto facebook Kesultanan Pahang 

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik di Pahang dan seluruh negara. 

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan dan dedikasi guru yang tidak pernah jemu mendidik serta membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan agama, bangsa serta negara.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang baginda berdua bertitah guru merupakan tunjang utama dalam pembangunan modal insan serta memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berintegriti dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. 

Baginda berdua turut mendoakan seluruh warga pendidik sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah mendidik generasi pewaris negara.

Hari Guru disambut setiap 16 Mei dengan tema tahun ini “Guru Bitara, Nadi Negara”. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peranan guru semakin genting bentuk generasi berakhlak, berjiwa besar – PM Anwar
Next: Kemasukan pelajar UEC ke IPTA kekal bersyarat, wajib lulus BM dan Sejarah – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.