Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Hilux dicuri selepas pemilik tinggalkan enjin hidup di Batu 3
  • JENAYAH

Hilux dicuri selepas pemilik tinggalkan enjin hidup di Batu 3

Utusan Sarawak 6 hours ago
HILUX dicuri selepas pemilik tinggalkan enjin hidup di Batu 3.

KUCHING: Sebuah Toyota Hilux Rogue 2.8 dilaporkan dicuri di Batu 3 di sini sekitar 3.00 petang semalam selepas pemiliknya dipercayai meninggalkan enjin kenderaan dalam keadaan hidup ketika masuk ke sebuah kedai berhampiran.

Ketua Polis Daerah Padawan, ACP Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan laporan polis berhubung kejadian itu diterima sekitar 4.30 petang dan kes masih dalam siasatan.

Beliau berkata, pemilik kenderaan tersebut hanya masuk sebentar ke dalam kedai untuk mengambil sesuatu dengan meninggalkan Hilux berwarna perak itu tanpa pengawasan serta enjin masih hidup.

“Seorang lelaki dilihat berjalan menuju ke arah kenderaan tersebut sebelum masuk ke dalam Hilux dan terus memandu lari,” katanya.

Menurut beliau, pemilik Hilux itu turut dilihat mengejar kenderaan berkenaan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kenderaan yang dicuri ialah Toyota Hilux Rogue 2.8 berwarna perak dengan nombor pendaftaran QBF 9938.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kenderaan atau suspek diminta menghubungi talian 012-8875567 atau 011-21886341 bagi membantu siasatan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 33 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu, Ops Mahir
Next: Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 1,170 karton arak bernilai RM221,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.