Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan SMPC ke IPTA diputuskan kabinet
  • PENDIDIKAN

Keputusan SMPC ke IPTA diputuskan kabinet

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama ahli-ahli Rakan Muda pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ‘Menggerak Belia MADANI’ hari ini. Foto BERNAMA

SEREMBAN: Keputusan untuk membenarkan pelajar lepasanSekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diputuskan Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semua pelajar, tanpa mengira aliran sekolah, mesti memenuhi syarat asas, iaitu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Keputusan Kabinet (SMPC/UEC) dengan syarat Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM lulus. Jadi, kita bagi ruanglah, walaupun mungkin dengan beberapa kursus dulu, kerana dahulu hal ini tidak dipersetujui. Sekarang, bila sekolah Cina diterima, jadi kita pun terima baik. 

“Ini bukannya terpakai kepada UEC. (sahaja, tetapi) sekolah Arab, menengah, tahfiz dan sebagainya, semua syarat sama, termasuk sekolah antarabangsa melibatkan pelajar Malaysia. Cuma ada beberapa perincian yang sedang kita bincangkan…,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara 2026, di sini hari ini. 

Semalam, kerajaan dilaporkan bersetuju dengan beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan daripada luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA di negara ini. 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) ke IPTA.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata isu membabitkan kerakyatan pemain warisan perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri mengikut proses ditetapkan sebelum sebarang keputusan dibuat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Laluan kemasukan IPTA: Kerajaan tidak korbankan sistem pendidikan negara – Zambry
Next: UEC hanya diiktiraf kursus bahasa Cina tidak memadai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.