Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Perbincangan strategik perkasa pembangunan Kompleks Sukan Subis
  • SUKAN

Perbincangan strategik perkasa pembangunan Kompleks Sukan Subis

Utusan Sarawak 12 hours ago
PERBINCANGAN… Datuk Rosey pada sesi perbincangan strategik projek Kompleks Sukan Subis bersama wakil daripada MYSED, MDS dan pihak konsultan bagi memperincikan hala tuju pembangunan fasiliti tersebut.

BEKENU: Satu sesi perbincangan strategik mengenai projek Kompleks Sukan Subis telah diadakan bagi memperincikan hala tuju pembangunan fasiliti tersebut.

Perbincangan itu melibatkan wakil daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Majlis Daerah Subis (MDS) dan pihak konsultan yang diadakan di Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus di Kuching hari ini.

Datuk Rosey Yunus yang dihubungi Utusan Sarawak berkata, perbincangan berkenaan memberi fokus kepada aspek perancangan dan pembangunan kompleks sukan.

“Perbincangan penting untuk menepati standard dan keperluan semasa komuniti setempat, khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan belia dan sukan di kawasan Subis.

RAKAM KENANGAN… Datuk Rosey bergambar bersama wakil Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Majlis Daerah Subis (MDS) dan pihak konsultan.

“Antara perkara yang dibincangkan termasuk kemudahan asas, reka bentuk fasiliti, kesesuaian lokasi serta potensi kompleks itu menjadi pusat pembangunan bakat sukan dari peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, projek berkenaan bukan sahaja bertujuan menyediakan kemudahan sukan yang lebih lengkap dan moden, malah diharap dapat menjadi platform melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa hadapan.

“Kerjasama erat antara kementerian, pihak berkuasa tempatan dan konsultan juga dilihat penting bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat,” tegasnya.

Dalam pada itu, projek Kompleks Sukan Subis dijangka menjadi antara pemangkin utama pembangunan sosial dan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat selaras dengan agenda pembangunan komuniti luar bandar, tambahnya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: City terus beri tekanan kepada Arsenal, belasah Palace 3-0
Next: Sze Fei-Izzuddin wakil tunggal negara ke suku akhir Terbuka Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.