Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pelajar IPT ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak
  • JENAYAH

Pelajar IPT ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak

Utusan Sarawak 9 hours ago
POLIS merampas sebuah telefon bimbit Vivo, dua kad SIM dan sebuah komputer riba Vivobook milik suspek untuk siasatan lanjut.

KOTA SAMARAHAN: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 21 tahun ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Unit MICAC D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak kerana disyaki memiliki bahan pornografi membabitkan kanak-kanak dan orang dewasa.

Ketua Polis Samarahan Barry William berkata suspek ditahan dalam Ops Pedo yang dijalankan sekitar 2.40 petang pada 13 Mei.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit Vivo, dua kad SIM dan sebuah komputer riba Vivobook milik suspek untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melayari dan menyimpan bahan pornografi kanak kanak serta dewasa di dalam peranti peribadinya. Suspek juga mengaku terlibat dengan aktiviti tersebut sejak lima tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan dan dijadual direman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki tempatan, rampas dadah bernilai RM2,700 di Kuching
Next: Wanita rugi RM288,761 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.