Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak tubuh jawatankuasa khas perkukuh semak dan imbang Ombudsman
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak tubuh jawatankuasa khas perkukuh semak dan imbang Ombudsman

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Dr Juanda Jaya membentangkan usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 74 di sidang DUN Ke-19, Kompleks DUN, hari ini. Foto JAPEN 

PETRA JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini membentangkan usul bagi penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 74 bagi memperkukuh fungsi semak dan imbang terhadap pelaksanaan Ordinan Ombudsman Sarawak 2023.

Usul tersebut dikemukakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(a), selaras dengan peruntukan Seksyen 42(3) Ordinan berkenaan.

“Jawatankuasa itu akan berperanan meneliti perkara berkaitan laporan Ombudsman yang dibentangkan di DUN serta memastikan pelaksanaan fungsi dan syor berkaitan pentadbiran awam dapat dipantau secara lebih tersusun dan berkesan.

“Penubuhan jawatankuasa tersebut penting sebagai mekanisme institusi bagi memastikan laporan Ombudsman tidak hanya dibentangkan di Dewan, sebaliknya diberi perhatian sewajarnya melalui penelitian dan tindakan susulan oleh pihak berkaitan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul tersebut pada persidangan DUN Ke-19 di Kompleks DUN, hari ini. 

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa Ombudsman Sarawak yang ditubuhkan selepas penggubalan ordinan pada 20 November 2023 merupakan pencapaian penting apabila Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia mewujudkan kerangka undang-undang berkaitan institusi tersebut.

“Ombudsman berfungsi sebagai badan bebas yang bertujuan memperkukuh ketelusan, keadilan dan integriti dalam pentadbiran awam, selain menyediakan saluran aduan kepada rakyat terhadap isu tadbir urus,” jelasnya. 

Jawatankuasa Pilihan Khas yang dicadangkan itu akan dipengerusikan oleh Dayang Noorazah Awang Sohor, dan turut dianggotai oleh See Chee How, Yap Yau Sin, Dr Simon Sinang Bada, Anyi Jana dan Royston Valentine.

Menurut beliau lagi, pemilihan ahli jawatankuasa dibuat berdasarkan kepakaran pelbagai latar belakang termasuk undang-undang, perakaunan, pendidikan, perubatan veterinar serta pembangunan komuniti, yang diyakini mampu 

memperkukuh keberkesanan fungsi pengawasan.

“Pelaksanaan jawatankuasa ini juga akan memperkukuh keyakinan terhadap sistem tadbir urus negeri serta menyokong agenda integriti dalam perkhidmatan awam Sarawak,” tambahnya. 

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa penubuhan jawatankuasa tersebut merupakan langkah penting dalam memperkukuh mekanisme semak dan imbang terhadap pelaksanaan Ordinan Ombudsman Sarawak 2023 di peringkat Dewan.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Taman Negara Bukit Keluan termasuk Air Terjun Three Sisters dicadang diwartakan
Next: DUN: Empat ADUN GPS sokong usul Ombudsman, DAP bantah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.