Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Premis makanan kotor di Sibiyu diarahkan tutup 14 hari
  • Utara
  • WILAYAH

Premis makanan kotor di Sibiyu diarahkan tutup 14 hari

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEGAWAI penguat kuasa BDA menjalankan pemeriksaan di sebuah premis makanan di kawasan Sibiyu selepas menerima aduan berkaitan tahap kebersihan premis. Foto BDA

BINTULU: Sebuah premis makanan di kawasan Sibiyu di sini diarahkan tutup serta-merta semalam selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis itu tidak memuaskan dan boleh mengundang risiko kepada kesihatan awam.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), hasil pemeriksaan yang dijalankan turut menemukan kehadiran lipas di dapur serta kawasan penyediaan makanan premis berkenaan.

Selain itu, premis tersebut juga didapati melanggar piawaian keselamatan makanan yang ditetapkan.

Susulan itu, tindakan penutupan diambil mengikut peruntukan Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna terus terpelihara.

KEHADIRAN lipas di kawasan penyediaan makanan menjadi antara faktor premis diarahkan tutup serta-merta bagi kerja pembersihan dan penambahbaikan. Foto BDA

Premis terbabit diberikan tempoh selama 14 hari untuk menjalankan kerja pembersihan dan penambahbaikan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Ujar kenyataan itu lagi, pemeriksaan susulan akan dilakukan bagi memastikan semua aspek kebersihan dan keselamatan makanan dipatuhi sepenuhnya sebelum premis berkenaan dibuka semula kepada orang awam.

BDA turut mengingatkan semua pengusaha makanan supaya sentiasa mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan demi kesejahteraan masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Maritim Malaysia perkasa pengurusan fasiliti Ibu Pejabat Zon
Next: 47 peserta sertai Kursus Asas Sukarelawan Pertahanan Awam di Mulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.