Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 27 warga asing ditahan dalam Ops Selera di Kuching
  • JENAYAH

27 warga asing ditahan dalam Ops Selera di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
OPERASI penguatkuasaan JIM Sarawak di beberapa premis restoran sekitar Kuching berjaya menahan 27 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen.

KUCHING: Seramai 27 warga asing ditahan dalam Operasi Selera (Ops Selera) yang dijalankan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di beberapa premis restoran sekitar bandar raya ini pada Isnin lepas.

Antara lokasi yang diserbu termasuk Tabuan, Taman Samarindah, Pusat Perniagaan Jalan Song serta beberapa premis di Taman Berjaya.

Operasi yang melibatkan 28 pegawai imigresen itu dilaksanakan hasil risikan dan pemantauan terhadap premis makanan yang disyaki menggaji warga asing tanpa pas atau permit kerja sah.

ANTARA warga asing yang ditahan dalam Ops Selera selepas dipercayai melakukan kesalahan imigresen di beberapa premis makanan sekitar Kuching.

Menurut JIM, semua warga asing yang ditahan terdiri daripada pelbagai warganegara dan dipercayai melakukan kesalahan berkaitan penyalahgunaan pas serta tinggal lebih masa di negara ini.

Dalam operasi sama, lima majikan atau wakil majikan turut diarahkan hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan dan memberi keterangan lanjut.

Jabatan itu memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan majikan mematuhi peraturan imigresen yang ditetapkan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Empat lelaki ditahan bantu siasatan insiden mercun di perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’
Next: Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.