Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tangkapan dadah dan ugutan jenayah di Lawas
  • JENAYAH

Tangkapan dadah dan ugutan jenayah di Lawas

Utusan Sarawak 8 hours ago
TANGKAPAN DADAH… Suspek yang didapati positif dadah ditahan di Lawas.

LAWAS: Sepasukan polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 33, 34 dan 49 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, tangkapan dilakukan pada 11 Mei 2026 antara 12.20 tengah hari hingga 12.40 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan terhadap suspek tidak menemukan sebarang barang salah atau dadah.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine (Amp & Meth).

“Semakan rekod lampau mendapati semua suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TANGKAPAN DADAH… Suspek yang didapati positif dadah ditahan di Lawas.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam operasi berasingan pada 10 Mei 2026 antara jam 6.10 petang hingga 8.30 malam di bandar Lawas, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 41 dan 40 tahun.

Menurut Liong, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh itu disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan badan tidak menemukan sebarang barang salah atau dadah.

“Namun, ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati seorang daripada suspek mempunyai empat rekod kesalahan berkaitan dadah, manakala seorang lagi tiada rekod kesalahan lampau,” katanya.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lima buruh ladang sawit ditahan positif dadah di Selangau
Next: Rakit keselamatan tamat tempoh bawa padah, vesel tunda dan tongkang ditahan Maritim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.