Kredit FB JKR Sarawak
KUCHING: Larian Separuh Maraton Jambatan Batang Lupar 1 2026 bakal diadakan.
Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, ia bukan sekadar perlumbaan, tetapi peluang orang ramai menakluk keajaiban kejuruteraan sambil menikmati pemandangan indah Sarawak.
Larian itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 5km, 10km dan 21km dianjurkan oleh JKR dan dikendalikan GRIT Event Management.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tarikh pendaftaran akan didedahkan kemudian untuk larian atas jambatan merentasi sungai terpanjang di Malaysia itu.