Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong
  • JENAYAH

Tiga lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIGA lelaki positif dadah ditahan oleh pihak polis pada malam tadi. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Tiga lelaki ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Ops Tapis Khas yang dijalankan pasukan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong pada semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, kesemua suspek berumur 50, 33 dan 29 tahun ditahan kira-kira 9.30 malam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.

“Saringan ujian air kencing terhadap kesemua suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Berdasarkan semakan rekod lampau, dapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod bersabit jenayah dadah.

“Manakala dua suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis memandang serius kesalahan berkaitan dadah dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menggesa masyarakat setempat supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah
Next: Lelaki serang guna kayu skop di Kampung Bako ditahan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.