Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan pantau projek Treetops Apartments, lindungi kepentingan pembeli
  • TEMPATAN

Kerajaan pantau projek Treetops Apartments, lindungi kepentingan pembeli

Utusan Sarawak 4 hours ago
 DATUK Michael Tiang Ming Tee mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berkaitan perkembangan Projek Treetops Apartments bersama pemaju dan agensi berkaitan, baru-baru ini.

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak terus memantau perkembangan Projek Treetops Apartments yang dibangunkan oleh Twin Revenue Sdn Bhd bagi memastikan kepentingan pembeli rumah terpelihara.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata satu mesyuarat penyelarasan bersama pemaju dan agensi berkaitan telah diadakan pada 8 Mei lalu bagi meneliti status semasa projek serta menyelesaikan isu teknikal dan infrastruktur yang masih tertangguh.

Menurut beliau, baki kerja bagi membolehkan Permit Penghunian (OP) untuk Blok A dan B dikeluarkan disasar siap pada suku ketiga tahun ini, tertakluk kepada tiada sebarang keadaan luar jangka.

Katanya, sekiranya berlaku kelewatan melibatkan proses kelulusan, urusan teknikal atau keperluan luar lain di luar kawalan pemaju, pengeluaran OP mungkin dilanjutkan sehingga suku keempat 2026.

Beliau turut memaklumkan kelulusan Sarawak Energy Berhad untuk projek itu membuat sambungan bekalan daripada Pencawang Jepak merupakan langkah penting dalam mempercepatkan penyiapan projek.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan projek dan bekerjasama dengan pemaju serta agensi berkaitan bagi memudahkan penyiapan dan penyerahan unit kepada pembeli,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebagai langkah melindungi kepentingan pembeli rumah, kementerian buat sementara waktu tidak akan mengeluarkan lesen pemaju baharu kepada beberapa syarikat termasuk Twin Revenue Sdn Bhd dan Kenyalang Avenue Sdn Bhd sehingga projek menunjukkan perkembangan memuaskan serta mematuhi syarat kawal selia ditetapkan.

Kementerian juga akan meneliti dan, jika perlu, menggantung permit jualan tertentu melibatkan projek berkaitan di bawah pengarah sama, Dato Dominic Su Chung Jye, selaras dengan peruntukan undang-undang berkaitan.

Continue Reading

Previous: Majlis Jamuan Negeri eratkan ukhuwah kepimpinan Sarawak
Next: DUN: Pengurusan pelabuhan Sarawak dipusatkan di bawah SPA, Tanjung Embang mula beroperasi 2032

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.