Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIGA suspek ditangkap kerana dadah.

BAU: Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah Bau hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau Mohd Haide A Rahman berkata tangkapan dibuat menerusi Op Tapis Khas Bil. 5/2026 di pejabat BSJND Bau kira-kira 11.05 pagi.

Beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga tiga suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 34 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek mengaku dalam percakapan awal bahawa mereka kali terakhir menagih dadah jenis syabu kira-kira dua hari sebelum ditangkap,” katanya.

Semakan juga mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod lampau.

Tiada dadah atau barang lain dirampas dalam operasi tersebut. Ketiga tiga suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek ditahan selepas cubaan larikan diri daripada polis
Next: Tiga lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.