Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut dalam nahas pesawat dekat gurun Sossusvlei di Namibia
  • GLOBAL

Empat maut dalam nahas pesawat dekat gurun Sossusvlei di Namibia

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

WINDHOEK: Empat individu maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan Sossusvlei, Namibia, lapor Xinhua memetik pengendali sewaan tempatan Desert Air pada Isnin.

Menurut syarikat itu bangkai pesawat yang dilaporkan hilang pada Ahad ditemukan pada pagi Isnin di kawasan Sossusvlei, destinasi pelancongan popular di Gurun Namib, Namibia.

Mangsa terdiri daripada juruterbang pesawat dan tiga penumpang.

“Tiada mangsa terselamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Desert Air Willem de Wet dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu, punca nahas masih disiasat dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi sehingga penemuan awal dikeluarkan pihak berkuasa penerbangan berkaitan.

Tiada butiran lanjut mengenai identiti mangsa didedahkan setakat ini. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Suspek tembakan Majlis Makan Malam Koresponden Rumah Putih mengaku tidak bersalah
Next: Pasangan Jerman dipenjara di Sepanyol selepas kanak-kanak dikurung dalam ‘rumah ngeri’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.