Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah terbakar di Kampung Jugan
  • KEBAKARAN

Kereta musnah terbakar di Kampung Jugan

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kereta Perodua Kancil yang terbakar 100 peratus di Kampung Jugan, petang tadi. Foto JBPM

BAU: Kereta jenis Perodua Kancil musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Jugan, Lebuh Raya Pan Borneo Bau–Lundu, petang tadi. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.59 petang.

“Sebaik tiba pada 5.15 petang, pasukan mendapati kereta jenis Perodua Kancil terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut berada dalam keadaan selamat dan tiada mangsa terlibat,” kata Komander Operasi PBK I Rodziah Berawi dalam kenyataan hari ini.

KEADAAN kereta Perodua Kancil yang musnah terbakar di Kampung Jugan, Jalan Pan Borneo Bau-Lundu, petang tadi. Foto JBPM

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bersama satu nozel dengan sumber air daripada pam jentera bomba.

Kebakaran berjaya dikawal pada 5.17 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.58 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan musnahkan ribuan hektar di Florida, komuniti berhampiran dilindungi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.