Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemimpin masyarakat perlu celik IT seiring era digital — Doris
  • Selatan
  • WILAYAH

Pemimpin masyarakat perlu celik IT seiring era digital — Doris

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Penangguhan Bengkel Pemantapan IT KMKK Parlimen P.202 Sri Aman yang berlangsung di sini, semalam. Foto: Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman.

​SIMANGGANG: Pembelajaran asas teknologi maklumat (IT) kini bukan lagi satu pilihan, sebaliknya merupakan satu keperluan mendesak yang wajib dikuasai oleh semua lapisan kepimpinan dalam mendepani era digital yang serba pantas.

​Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menegaskan bahawa penguasaan ilmu tersebut amat kritikal bagi memastikan sistem penyampaian maklumat kepada rakyat kekal efisien dan selari dengan perkembangan zaman.

DATO’ Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Penangguhan Bengkel Pemantapan IT KMKK Parlimen P.202 Sri Aman yang berlangsung di sini, semalam. Foto: Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman.

​Menurut beliau, golongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memikul tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada komuniti setempat dalam memanfaatkan teknologi.

​”Langkah ini penting demi meningkatkan kesejahteraan rakyat, di mana pemimpin akar umbi harus berada di hadapan dalam mengadaptasi kemudahan digital yang tersedia,” katanya.

​Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Bengkel Pemantapan IT KMKK Parlimen Sri Aman yang berlangsung di sini, semalam.

DATO’ Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Penangguhan Bengkel Pemantapan IT KMKK Parlimen P.202 Sri Aman yang berlangsung di sini, semalam. Foto: Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman.

​Doris turut menyatakan bahawa penganjuran bengkel teknikal seperti itu mampu melahirkan barisan pemimpin masyarakat yang lebih relevan dan cekap menguruskan tugasan harian.

​Kelebihan memiliki kemahiran IT juga membolehkan KMKK tampil lebih berdaya saing, khususnya dalam aspek pengurusan organisasi serta akses terus kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.

​Secara tidak langsung, penguasaan teknologi ini dilihat dapat memperkukuhkan komunikasi dua hala antara pemimpin dan masyarakat setempat melalui platform media sosial atau aplikasi pemesejan.

​Mengulas lanjut mengenai program tersebut, bengkel berkenaan merupakan siri kelima yang dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman dan Sarawak Skills Sri Aman.

​Turut hadir menyerikan majlis, Temenggong Leonard Libau, Pemanca Daniel Sawing, barisan Penghulu sekitar P.202 Sri Aman, para Kaunselor serta tenaga pengajar daripada Sarawak Skills.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Betong pantau kawasan banjir akibat hujan lebat berterusan
Next: Buaya jantan 3.96 meter, berat 280 kg berjaya ditangkap di Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.