Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Betong pantau kawasan banjir akibat hujan lebat berterusan
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Betong pantau kawasan banjir akibat hujan lebat berterusan

Utusan Sarawak 20 hours ago
ANGGOTA APM Betong sedang menjalankan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir di kawasan Issu Bangat, semalam. APM Betong.

BETONG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong menjalankan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir susulan limpahan air sungai dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pagi hingga petang semalam di kawasan Issu Bangat.

Menurut kenyataan media APM Daerah Betong, pasukan pemantau telah digerakkan ke lokasi terjejas bagi menilai keadaan semasa serta memastikan tahap keselamatan penduduk berada dalam keadaan terkawal.

ANGGOTA APM Betong sedang menjalankan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir di kawasan Issu Bangat, semalam. APM Betong.

Hasil pemantauan mendapati paras air masih menunjukkan trend surut secara perlahan, namun beberapa kawasan masih dinaiki air sehingga mencecah paras pinggang.

Keadaan itu menyebabkan laluan utama menuju ke rumah panjang terjejas tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan buat sementara waktu berikutan faktor keselamatan.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan berkenaan masih boleh menggunakan laluan alternatif lain untuk keluar masuk ke penempatan mereka.

ANGGOTA APM Betong sedang menjalankan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir di kawasan Issu Bangat, semalam. APM Betong.

APM Betong turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan daripada meredah kawasan banjir terutama ketika paras air masih tinggi dan arus tidak menentu.

Selain itu, penduduk yang tinggal berhampiran kawasan sungai diminta untuk sentiasa peka terhadap perubahan cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

APM Betong menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk setempat sentiasa terjamin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ding gesa penduduk pilih wakil rakyat benar-benar berkhidmat
Next: Pemimpin masyarakat perlu celik IT seiring era digital — Doris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.