Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vijay jadi ketua menteri baharu Tamil Nadu
  • GLOBAL

Vijay jadi ketua menteri baharu Tamil Nadu

Utusan Sarawak 10 hours ago
VIJAY jadi ketua menteri baharu Tamil Nadu. Foto AFP.

HYDERABAD: Bintang filem yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri baharu negeri Tamil Nadu hari ini, selepas beliau dijanjikan sokongan oleh parti-parti lain bagi memperoleh majoriti yang diperlukan dalam dewan undangan negeri.

Penyokong parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) meraikan pelantikan itu dengan membakar mercun dan mengagihkan manisan di beberapa bandar ketika ikon filem berusia 51 tahun itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan gabenor negeri di Stadium Jawaharlal Nehru, Chennai.

Vijay menjanjikan kerajaan yang telus serta undang-undang dan ketenteraman yang lebih baik di negeri yang mempunyai 77 juta penduduk itu. TVK memenangi 108 kerusi dalam pilihan raya dewan undangan negeri pada April, kurang daripada 118 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh majoriti dalam dewan yang mempunyai 234 anggota.

Parti Kongres, sekutu utama bekas parti pemerintah Dravida Munnetra Kazhagam (DMK), memberikan sokongan kepada Vijay bersama Parti Komunis India (CPI), Parti Komunis India-Marxis (CPI-M), Viduthalai Chiruthaigal Katchi (VCK) dan Liga Persatuan Muslim India (IUML) bagi menamatkan ketidaktentuan mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Gabenor negeri Rajendra Vishwanath Arlekar semalam melantik Vijay sebagai ketua menteri dan meminta beliau mendapatkan undi percaya selewat-lewatnya pada 13 Mei.

Jurucakap DMK Saravanan Annadurai sebelum ini berkata, bekas ketua menteri M.K. Stalin tidak mahu berlaku krisis perlembagaan di negeri itu dan telah memujuk sekutunya supaya menyokong Vijay dalam pembentukan kerajaan, menurut laporan media tempatan.

Parti Kongres mempunyai lima kerusi manakala empat parti lain masing-masing mempunyai dua anggota dalam dewan yang baru dipilih itu.
Turut hadir pada majlis itu, bapa beliau S.A. Chandrasekhar, ibunya Shobha, pelakon Tamil Trisha Krishnan dan pemimpin Parti Kongres Rahul Gandhi.

Sembilan menteri kabinet turut mengangkat sumpah pada majlis berkenaan – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan kurangkan 900 penerbangan pergi balik
Next: Mahkamah Agung Brazil gantung undang-undang yang boleh kurangkan hukuman penjara Bolsonaro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.