Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Individu disekat akaun, kandungan media sosial diturunkan disaran buat tribunal rayuan
  • NASIONAL

Individu disekat akaun, kandungan media sosial diturunkan disaran buat tribunal rayuan

Utusan Sarawak 10 hours ago
TEO Nie Ching (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang memperoleh keputusan 11A, Nur Najwa Mohd Nazli (dua, kanan) pada Majlis Serahan Sumbangan Murid Cemerlang SPM 2025 Parlimen Kulai, di Kulai hari ini. Foto Bernama

KULAI: Kementerian Komunikasi menyarankan kepada mana-mana individu yang dikenakan sekatan akaun atau penurunan kandungan dalam media sosial supaya membuat rayuan menerusi Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia dan Keselamatan Dalam Talian.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tribunal berkenaan dipengerusikan oleh hakim daripada Mahkamah Tinggi bersama sekurang-kurangnya dua ahli tribunal.

“Ini satu tribunal rayuan secara ad hoc yang bukan dipengerusi ataupun didengar oleh pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), tetapi hakim daripada Mahkamah Tinggi yang mendengar sebarang rayuan ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sumbangan Murid Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Peringkat Parlimen Kulai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang perlu dilakukan sekiranya seseorang individu itu dikenakan sekatan akaun media sosial.

Sehubungan dengan itu, Teo menggalakkan orang ramai untuk menggunakan saluran berkenaan sekiranya menghadapi masalah berkenaan.

Terdahulu, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata setakat ini sebanyak RM5.4 juta telah diperuntukkan untuk sektor pendidikan di bawah parlimennya dari 2022 sehingga tahun lepas.

Peruntukan itu, disalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah kerajaan pusat. “Secara tuntasnya, setiap sekolah di bawah Parlimen Kulai, saya telah bertanggungjawab salur peruntukan sewajarnya, permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan dengan baik,” katanya

Continue Reading

Previous: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu
Next: Ops Tiris 4.0: 556 kes direkod, nilai rampasan lebih 23.1 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.