Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 26 unit pendingin hawa baharu bakal dipasang di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri
  • Utara
  • WILAYAH

26 unit pendingin hawa baharu bakal dipasang di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
TINJAU…Chiew Choon Man meninjau keadaan sistem pendingin hawa di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri susulan masalah kerosakan berulang yang menjejaskan keselesaan pesakit dan petugas kesihatan.

MIRI: Masalah kerosakan sistem pendingin hawa berpusat yang berlarutan di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri (KKBM) bakal ditangani menerusi pemasangan 26 unit pendingin hawa baharu sebagai penyelesaian jangka panjang demi keselesaan pesakit dan petugas kesihatan.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau sendiri turun padang meninjau keadaan di klinik berkenaan serta meneliti rungutan pesakit dan kakitangan yang terpaksa berdepan cuaca panas akibat kerosakan sistem penghawa dingin yang kerap berlaku.

Menurutnya, sistem sedia ada bukan sahaja sering rosak, malah mempunyai kelemahan teknikal dan tidak mampu menampung keperluan penyejukan secara menyeluruh di seluruh kawasan klinik.

“Masalah utama ialah sistem ini kerap rosak walaupun selepas dibaiki, selain kos penyelenggaraan yang tinggi dan proses pembaikan yang rumit.

“Justeru, saya telah memutuskan untuk membekal dan memasang 26 unit pendingin hawa baharu selepas menerima cadangan teknikal serta kelulusan yang diperlukan bulan lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chiew berkata, sistem baharu itu akan berfungsi bersama sistem pendingin hawa berpusat sedia ada bagi memastikan penyejukan lebih berkesan, mampan, menjimatkan kos serta memudahkan penyelenggaraan pada masa depan.

Katanya, kerja-kerja elektrik dan pemasangan dijadual bermula bulan ini sebaik sahaja proses pelantikan kontraktor dimuktamadkan minggu depan.

“Saya sendiri akan memantau pelaksanaan projek ini agar ia dapat disiapkan secepat mungkin mengikut spesifikasi yang ditetapkan demi keselesaan pesakit, petugas kesihatan dan orang awam,” ujarnya.

Chiew turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Miri atas kesabaran dan dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan walaupunberdepan keadaan mencabar.

Beliau juga berterima kasih kepada warga Miri yang prihatin dan terus menyalurkan aduan berhubung isu berkenaan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 25 jalan dan jambatan luar bandar Meradong dilulus naik taraf di bawah MARRIS 2026
Next: Program komuniti dekatkan mahasiswa dengan masyarakat desa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.