Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 jalan dan jambatan luar bandar Meradong dilulus naik taraf di bawah MARRIS 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

25 jalan dan jambatan luar bandar Meradong dilulus naik taraf di bawah MARRIS 2026

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain ketika menjalankan lawatan meninjau beberapa jalan dan jambatan yang dikenal pasti untuk dinaik taraf. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Sebanyak 25 jalan dan jambatan di kawasan luar bandar telah diluluskan untuk kerja-kerja menaik taraf di bawah Projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) 2026 bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan keselamatan pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek tersebut melibatkan beberapa kawasan kampung dan rumah panjang di sekitar DUN Meradong di bawah seliaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).

“Projek ini amat penting bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya selain memperbaiki sistem perhubungan penduduk di kawasan pedalaman,” katanya ketika mengadakan lawatan meninjau beberapa jalan dan jambatan yang dikenal pasti untuk dinaik taraf, baru-baru ini.

DATUK Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain ketika menjalankan lawatan meninjau beberapa jalan dan jambatan yang dikenal pasti untuk dinaik taraf. Foto Pusat Khidmat Meradong

Katanya, lawatan tersebut bertujuan memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar demi memberikan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk setempat.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memperkasakan pembangunan luar bandar supaya rakyat dapat menikmati kemudahan asas yang lebih sempurna dan selesa.

“Pelaksanaan projek-projek tersebut dijangka memberi manfaat besar kepada masyarakat luar bandar termasuk memperkukuh jaringan perhubungan dan merancakkan pembangunan sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.

Semasa lawatan, Koung Hiing turut meneliti keadaan semasa jalan dan jambatan yang uzur selain mendengar sendiri pandangan serta keperluan penduduk berkaitan kemudahan infrastruktur yang memerlukan perhatian segera.

“Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap keperluan rakyat khususnya berkaitan kemudahan asas dan infrastruktur luar bandar demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Chieng Buong Ong; Penolong Jurutera MDMJ, Husin Onn Jateng; Pemanca Yii Hee Sieng dan Kapitan Chieng Nuong Ting.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 186 warga SK Batu Wong sertai program kesedaran keselamatan kebakaran
Next: 26 unit pendingin hawa baharu bakal dipasang di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.