Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool harungi langkah longlai ke UEFA selepas seri dengan Chelsea
  • SUKAN

Liverpool harungi langkah longlai ke UEFA selepas seri dengan Chelsea

Utusan Sarawak 6 hours ago
AKSI perlawanan Liverpool dan Chelsea yang berkesudahan keputusan seri satu sama. Foto AFP

LIVERPOOL: Liverpool terlepas peluang untuk hampir mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas seri 1-1 dengan Chelsea FC sebentar tadi.

The Blues sebelum itu tewas enam perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana sehingga tercicir daripada perebutan kelompok lima teratas.

Jaringan menarik Ryan Gravenberch memberikan Liverpool permulaan sempurna, namun Chelsea bangkit mengikat kedudukan apabila sepakan percuma Enzo Fernandez melepasi semua pemain di tengah sebelum menerjah penjuru bawah gol.

Sorakan ‘boo’ ketika wisel penamat mencerminkan suasana hambar di Anfield selepas satu lagi aksi kurang meyakinkan daripada juara bertahan itu.

Bagaimanapun, Liverpool semakin hampir mengesahkan slot Liga Juara-Juara dengan kelebihan tujuh mata mengatasi AFC Bournemouth di tangga keenam yang hanya berbaki tiga perlawanan.

Chelsea pula tidak lagi mempunyai peluang matematik untuk menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik dan kekal di tangga kesembilan.

Namun, terdapat sedikit petanda positif buat pengendali sementara, Calum McFarlane, menjelang aksi final Piala FA menentang Manchester City FC hujung minggu depan.

Chelsea sebelum ini dimalukan pasukan kedua Nottingham Forest FC di laman sendiri pada Isnin dan kelihatan bakal melalui satu lagi petang yang sukar selepas dibolosi seawal minit keenam.

Rio Ngumoha melorongkan bola kepada Gravenberch di luar kotak penalti sebelum pemain antarabangsa Belanda itu melepaskan rembatan lencong tepat ke penjuru atas gol.

Barisan serangan Liverpool pula tempang akibat kecederaan dengan Mohamed Salah, Florian Wirtz dan Hugo Ekitike tidak beraksi, manakala Alexander Isak hanya cergas untuk berada di bangku simpanan.

Ketiadaan sengat di bahagian serangan jelas kelihatan apabila Liverpool membenarkan Chelsea yang bergelut kembali menguasai permainan dan perlahan-lahan memperoleh keyakinan.

Pelawat menyamakan kedudukan 10 minit sebelum rehat apabila sepakan percuma Fernandez memperdayakan Giorgi Mamardashvili sebelum bola masuk di tiang jauh.

Chelsea menyangka mereka mendahului pada awal babak kedua apabila Cole Palmer menjaringkan gol.

Namun, VAR campur tangan menyelamatkan Liverpool selepas Marc Cucurella didapati sedikit berada dalam kedudukan ofsaid ketika gerakan itu bermula.

Liverpool hampir meraih gol kemenangan pada penghujung permainan apabila dua kali terkena palang.

Percubaan deras Dominik Szoboszlai terkena pangkal tiang sebelum Virgil van Dijk menanduk terkena palang hasil sepakan penjuru Szoboszlai.

Arne Slot dilaporkan akan kekal mengendalikan Liverpool musim depan meskipun kempen kali ini mengecewakan, hasil kredit yang diperoleh selepas memenangi Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Namun, rasa tidak puas hati penyokong di Anfield terhadap pengendali Belanda itu jelas kelihatan apabila mereka marah dengan keputusan mengeluarkan Ngumoha serta sorakan boo selepas tamat perlawanan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: PESTASA sasar penyertaan antarabangsa, promosi Sri Aman menerusi Kejohanan Raja Libas
Next: Hatrik Etame hadiahkan tiga mata berharga buat Kuching City FC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.