Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas cedera dapur meletup
  • KEMALANGAN

Warga emas cedera dapur meletup

Utusan Sarawak 9 hours ago
ROSAK…Keadaan dinding dan siling dapur rumah mangsa yang rosak akibat letupan gas dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak dalam kejadian di Taman Jelita Fasa 2, Miri, tengah hari tadi. Foto BBP Miri Sentral. 

MIRI: Seorang warga emas berusia 85 tahun cedera selepas dapur rumahnya meletup dipercayai akibat kebocoran gas di Lorong Baleh 3A, Taman Jelita Fasa 2, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.37 tengah hari itu, mangsa, Baun Jok, dilaporkan mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, sepasukan anggota BBP Miri Sentral bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, letupan berlaku di bahagian dapur rumah akibat kebocoran gas memasak sehingga menyebabkan kerosakan pada siling.

“Pasukan bomba menjalankan pemantauan keselamatan bagi memastikan tiada risiko lanjut di lokasi.

“Mangsa sudah dibawa ke hospital sebelum ketibaan bomba,” katanya.

Operasi terkawal pada 12.49 tengah hari sebelum tamat sepenuhnya tiga minit kemudian.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua warga emas cedera ringan dalam kemalangan kendiri
Next: Pekerja binaan jambatan maut dirempuh lori di Jalan Serdeng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.