Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kabinet luar rumah terbakar berjaya dipadam orang awam
  • KEBAKARAN

Kabinet luar rumah terbakar berjaya dipadam orang awam

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kebakaran melibatkan sebuah kabinet di luar rumah di Lorong Poh Kwang Park 1, Kuching, tengah hari ini selepas api berjaya dipadamkan orang awam. Foto JBPM

KUCHING: Tindakan pantas orang awam berjaya memadam kebakaran melibatkan sebuah kabinet di luar rumah di Lorong Poh Kwang Park 1, Poh Kwang Park di sini, tengah hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 12.58 tengah hari.

“Pasukan tiba di lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kabinet di luar rumah. Api bagaimanapun berjaya dipadamkan lebih awal oleh orang awam menggunakan air paip sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO),” kata Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Rahman Abang Deni dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada operasi pemadaman dijalankan oleh pihak bomba kerana kebakaran telah berjaya dikawal sepenuhnya.

“PKO kemudian menjalankan pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi dikawal pada 1.12 petang sebelum tamat sepenuhnya pada 1.53 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Continue Reading

Previous: Lima rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Sungai Plan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.