Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan bersama syabu di parkir kenderaan Lapangan Terbang Mukah
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan bersama syabu di parkir kenderaan Lapangan Terbang Mukah

Utusan Sarawak 8 hours ago
LELAKI DITAHAN….Bersama syabu di parkir kenderaan Lapangan Terbang Mukah, petang semalamĀ 

MUKAH: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di kawasan parkir kenderaan Lapangan Terbang Mukah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar 3.30 petang hasil maklumat risikan.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, suspek sedang berada di tempat duduk pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu keratan tiub straw lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.36 gram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku dadah yang ditemukan adalah miliknya,” katanya.

Tambahnya, suspek yang bekerja sebagai pekerja pembersihan direman selama tiga hari sehingga 12 Mei ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” tegasnya.

Muhamad Rizal berkata, IPD Mukah komited membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi talian hotline 084-871222 atau balai polis berhampiran.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan di Bau, miliki senjata berbahaya dalam kenderaan
Next: Polis Meradong ambil tindakan terhadap motosikal ubah suai dan ekzos bising

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.