Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibu pendidik pertama lahirkan generasi berilmu dan berakhlak
  • Utara
  • WILAYAH

Ibu pendidik pertama lahirkan generasi berilmu dan berakhlak

Utusan Sarawak 7 hours ago
SELAMAT  HARI  IBU… Dominic Nyurang, Kaunselor Yati, Rose Edward dan yang lain melakukan sesi memotong kek. Foto iku Juguong

MARUDI: Wanita, khususnya ibu, memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk generasi masa depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, seorang ibu bukan sahaja melahirkan anak-anak, tetapi juga mendidik, membimbing serta membentuk akhlak dan keperibadian mereka.

Katanya, di sebalik kejayaan ramai individu hari ini, pasti ada pengorbanan seseorang yang sentiasa berdiri teguh, memberikan kasih sayang, doa dan sokongan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Menurut beliau, ibu merupakan pendidik pertama kepada anak-anak, yang mana daripada tangan seorang ibu lahirnya generasi yang berilmu, berdisiplin dan mempunyai nilai kemanusiaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu menegaskan bahawa kasih sayang ibu tidak mengenal penat lelah, dan mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan perasaan demi memastikan keluarga sentiasa berada dalam keadaan baik.

Malah, ujarnya, dalam masyarakat di Sarawak, wanita bukan sahaja memainkan peranan di rumah, malah turut menjadi pemimpin masyarakat, usahawan, penjawat awam, guru, doktor, ahli perniagaan serta pemimpin dalam pelbagai sektor.

TAHNIAH… Pesara Guru,  Gloria Nati Matthew menerima anugerah sebagai Tokoh Wanita SIDS Cawangan Marudi 2026. Foto Jiku Juguong
 

“Hari ini kita melihat semakin ramai wanita Sarawak berjaya memegang jawatan penting dalam kerajaan, sektor profesional dan organisasi masyarakat,” kata Gerawat ketika menyampaikan ucapan pada majlis Hari Ibu anjuran Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Pampang Marudi di Dewan Suarah Marudi di sini semalam.

Teks ucapan tersebut dibacakan oleh Setiausaha Politik di Jabatan Premier Sarawak, Dominic Nyurang bagi mewakili beliau pada majlis berkenaan.

Tambahnya, ini membuktikan bahawa wanita mempunyai keupayaan besar untuk memimpin dan menyumbang kepada pembangunan negeri.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf peranan wanita sebagai rakan pembangunan yang amat penting.

Katanya, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan untuk memperkasakan golongan wanita di negeri ini.

Tambahnya, banyak program pembangunan komuniti dilaksanakan bagi memastikan wanita di kawasan luar bandar turut mendapat akses kepada peluang ekonomi, latihan dan pembangunan diri.

“Kerajaan Sarawak percaya bahawa apabila wanita diperkasakan, maka keluarga akan menjadi lebih kukuh, masyarakat akan lebih harmoni dan pembangunan negeri akan menjadi lebih seimbang.

Sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada usaha serta komitmen pihak penganjur, Gerawat Gala mengumumkan sumbangan sebanyak RM7,000 bagi menjayakan majlis berkenaan.

Turut berucap pada majlis itu Pegawai Daerah Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang dan Pengerusi SIDS Cawangan Marudi, Kaunselor Yati Nyanggau.

Pada majlis ini, pesara guru, Gloria Nati Mathew diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Wanita SIDS Cawangan Marudi 2026.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPS diminta percepat pembinaan jambatan Enseriban dan Semena di Hulu Medamit
Next: Tapak bersejarah Rumah Api Tanjung Lobang bakal dipertingkatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.