Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Bola Tampar MSS Sarawak 2026 perkasa bakat atlet muda
  • SUKAN

Kejohanan Bola Tampar MSS Sarawak 2026 perkasa bakat atlet muda

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing bergambar bersama para atlet yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Tampar 12TKB dan 18TKB MSS Sarawak.

BINTANGOR: Kejohanan Bola Tampar 12TKB dan 18TKB Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak 2026 berjaya menghimpunkan atlet-atlet muda berbakat dari seluruh negeri sekali gus menjadi platform penting memperkasa pembangunan sukan dalam kalangan pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kejohanan tersebut bukan sahaja bertujuan melahirkan juara, malah berperanan membentuk disiplin, perpaduan dan semangat juang generasi muda.

“Sukan bukan sekadar pertandingan untuk menentukan pemenang, tetapi merupakan platform penting dalam membentuk disiplin, perpaduan dan semangat juang generasi muda.

“Kerajaan menerusi Dasar 1 Murid 1 Sukan sentiasa komited dalam memperkasakan pembangunan murid secara holistik agar lahir generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah sihat, berdaya tahan dan mempunyai nilai kepimpinan tinggi,” katanya ketika merasmikan majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Bola Tampar 12TKB dan 18TKB MSS Sarawak 2026, semalam.

Katanya, kejohanan tersebut berjaya dianjurkan dengan lancar hasil kerjasama erat pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong, pihak pengelola dan jawatankuasa pelaksana.

“Kejayaan dalam bidang sukan memerlukan disiplin, pengorbanan dan usaha berterusan untuk memperbaiki diri.

“Para atlet yang terpilih mewakili Sarawak ke Kejohanan Bola Tampar MSS Malaysia di Putrajaya pada 7 hingga 12 Jun depan diharap mampu mengharumkan nama negeri di peringkat nasional,” katanya.

Dalam kejohanan tersebut, kategori Lelaki 18TKB dimenangi oleh pasukan Bahagian Sibu manakala kategori Perempuan 18TKB dimenangi oleh pasukan Bahagian Sarikei.

Bagi kategori Lelaki 12TKB, pasukan Bahagian Mukah muncul juara manakala kategori Perempuan 12TKB dimenangi oleh pasukan Bahagian Sibu.

Turut hadir Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid JPNS, Liew Guo Chen; Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Yakup Jai; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid PPD Meradong, Mahathir Mahdini; Pengetua SMK Kai Chung, Nguang Seng; Guru Besar SJKC Kai Chung, Nurul Ain Lee Abdullah @ Lee Ai Ping dan Guru Besar SJKC Ming Tee, Ong Yii Ting.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masters Malaysia 2026: Status Wei Chong masih jadi tanda tanya
Next: Lebih 1,000 peserta sertai program Brisk Walk 2.0 di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.