Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPS diminta percepat pembinaan jambatan Enseriban dan Semena di Hulu Medamit
  • Utara
  • WILAYAH

JPS diminta percepat pembinaan jambatan Enseriban dan Semena di Hulu Medamit

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAWAI AGRO…Hasbi memeriahkan Majlis Perasmian Gawai Agro Tamu Medamit di Dewan Terbuka Medamit.  

LIMBANG: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak diminta mempercepatkan pembinaan dua jambatan kekal di Enseriban dan Semena, Hulu Medamit yang telah lama dinantikan penduduk luar bandar sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata pembinaan kedua-dua jambatan tersebut amat diperlukan kerana ia merupakan laluan penting bagi penduduk di kawasan luar bandar.

GAWAI AGRO…Hasbi memeriahkan Majlis Perasmian Gawai Agro Tamu Medamit di Dewan Terbuka Medamit.  

Menurut beliau, ketika ini proses penilaian sedang dijalankan selepas tender bagi projek berkenaan ditutup pada April lalu.

“Harapan saya, seperti yang dijanjikan JPS semasa Bazar Krismas tahun lalu, projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Tender untuk projek ini telah ditutup pada April lalu dan kini berada pada peringkat penilaian,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Gawai Agro Tamu Medamit di Dewan Terbuka Medamit, malam tadi.

Hasbi menjelaskan jambatan tersebut amat penting kerana menjadi penghubung kepada beberapa kampung di kawasan berkenaan.

GAWAI AGRO…Hasbi memeriahkan Majlis Perasmian Gawai Agro Tamu Medamit di Dewan Terbuka Medamit.  

Beliau turut optimis pekan Medamit akan mengalami transformasi dan menerima manfaat pembangunan menerusi pelaksanaan projek mega Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa Dua yang menghubungkan Limbang terus ke Miri tanpa melalui Brunei, selain pelaksanaan projek pembangunan lain.

Turut hadir, Timbalan Residen Limbang Rozita Kulai, Pengerusi Jawatankuasa Tamu Medamit Rumai Sanggau serta tetamu lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PBSM Sarikei santuni bayi lahir pada Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia
Next: Ibu pendidik pertama lahirkan generasi berilmu dan berakhlak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.