Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters Malaysia 2026: Status Wei Chong masih jadi tanda tanya
  • SUKAN

Masters Malaysia 2026: Status Wei Chong masih jadi tanda tanya

Utusan Sarawak 12 hours ago
MAN Wei Chong. Foto hiasan. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Status pemain beregu lelaki negara Man Wei Chong untuk beraksi pada Kejohanan Masters Malaysia 2026 dari 19 hingga 24 Mei ini masih belum dapat dipastikan, berikutan masih dalam proses pemulihanan akibat kecederaan lutut dialaminya.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky berkata, penyertaan Wei Chong di Terbuka Singapura pada 26 hingga 31 Mei juga masih belum dapat diputuskan kerana bergantung kepada perkembangan pemulihannya dalam tempoh terdekat ini.

“Kita mesti lihat perkembangan kecederaan lutut dialaminya itu dalam minggu ini dan minggu depan, sama ada layak untuk bermain di Masters Malaysia atau tidak. 

“Terbuka Singapura juga masih dalam persoalan. Kalau di Masters Malaysia dia belum pulih sepenuhnya, mungkin kita tidak akan sertai Terbuka Singapura,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. 

Rexy berkata, kecederaan adalah risiko biasa dalam sukan kompetitif namun percaya pemain memerlukan keyakinan penuh daripada pasukan kejurulatihan serta pegawai perubatan untuk kembali bersaing di tahap terbaik. 

Beliau berkata, setakat ini pihaknya menyerahkan sepenuhnya proses pemantauan kecederaan kepada doktor dan fisioterapi pasukan sebelum keputusan akhir mengenai status pemain dibuat menjelang kejohanan itu nanti.

Untuk rekod, gandingan Wei Chong-Tee Kai Wun merupakan juara bertahan Masters Malaysia selepas menewaskan juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga rakan senegara pada final edisi lepas.

Dalam pada itu, Rexy berharap beregu lelaki negara mampu sekali lagi menghadirkan pencapaian membanggakan di laman sendiri menerusi pasangan utama dan pelapis yang bakal diturunkan pada kejohanan berkenaan.

Bagi beregu campuran pula, beliau berkata sandaran sudah tentu terarah kepada pasangan utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selain mahu melihat kemampuan pasangan baharu Jimmy Wong-Cheng Su Yin untuk menyerlah.

“Kita harapkan sekurang-kurangnya pencapaian tahun lepas dapat diulang kembali macam beregu lelaki ada aksi semua wakil Malaysia di final. Jangan hanya bergantung kepada pemain utama sahaja sebab saya juga mahu lihat kemampuan pemain lain bila turun dalam kejohanan besar.

“Selama ini ramai yang tersekat di pusingan kedua atau suku akhir sahaja. Jadi bermain di gelanggang sendiri ini sepatutnya menjadi pembakar semangat untuk tunjuk mereka bukan sahaja bagus ketika latihan tetapi juga dalam pertandingan,” katanya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot akui penamat cemerlang tidak mampu lindungi kegagalan Liverpool
Next: Kejohanan Bola Tampar MSS Sarawak 2026 perkasa bakat atlet muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.