Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPDN, PDRM perkukuh kerjasama bendung penyelewengan barang kawalan di Lubok Antu
  • Selatan
  • WILAYAH

KPDN, PDRM perkukuh kerjasama bendung penyelewengan barang kawalan di Lubok Antu

Utusan Sarawak 5 hours ago
KPDN Cawangan Sri Aman memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi keselamatan menerusi kunjungan hormat ke IPD Lubok Antu semalam. Foto KPDN Cawangan Sri Aman

LUBOK ANTU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sri Aman terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi keselamatan menerusi kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan menyelaras gerak kerja penguatkuasaan antara KPDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu berkaitan penyelewengan barang kawalan serta ketirisan subsidi di kawasan sempadan.

Delegasi KPDN Cawangan Sri Aman diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Qartinee Mohamad Esa bersama Timbalan Ketua Cawangan, Argentina Jala serta beberapa pegawai kanan lain.

Ketibaan mereka disambut Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha KPDN dalam memperkasakan penguatkuasaan ekonomi di daerah berkenaan.

Menurut kenyataan media KPDN Cawangan Sri Aman, pertemuan itu memberi fokus kepada pengukuhan jaringan kerjasama khususnya dalam aspek perkongsian maklumat risikan berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan.

KPDN Cawangan Sri Aman memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi keselamatan menerusi kunjungan hormat ke IPD Lubok Antu semalam. Foto KPDN Cawangan Sri Aman

Kerjasama tersebut dilihat penting bagi membolehkan kedua-dua agensi mengesan lebih awal sebarang cubaan penyeludupan atau aktiviti haram melibatkan barang bersubsidi di kawasan sempadan.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh aspek bantuan keselamatan oleh PDRM kepada pegawai penguat kuasa KPDN ketika menjalankan operasi di lokasi berisiko tinggi.

KPDN turut menegaskan komitmen berterusan dalam memperkasa pelaksanaan Ops Tiris yang memfokuskan usaha membanteras ketirisan bahan api bersubsidi dan barang kawalan demi memastikan subsidi kerajaan sampai kepada golongan sasaran.

Kedua-dua agensi turut menyatakan iltizam untuk memperhebat rondaan dan pemantauan bersepadu secara berkala bagi memastikan Daerah Lubok Antu bebas daripada aktiviti penyelewengan serta terus menjamin kestabilan bekalan barang keperluan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: MQKNSS Betong 2026 serlah bakat qari, hafiz dan seniman khat muda
Next: Masalah liputan internet Kampung Asajaya Laut diberi perhatian segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.