Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi popular India, Jubin Nautiyal mahu kenali lebih jauh muzik dan budaya Malaysia
  • HIBURAN

Penyanyi popular India, Jubin Nautiyal mahu kenali lebih jauh muzik dan budaya Malaysia

Utusan Sarawak 5 hours ago
ARTIS Bollywood, Jubin Nautiyal mengadakan sidang akhbar sempena konsertnya pada 9 Mei ini di Mega Star Arena Sungei Wang Plaza, hari ini. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Kembali ke Malaysia selepas empat tahun, kehadiran penyanyi latar popular India, Jubin Nautiyal dilihat bukan sekadar untuk mengadakan satu lagi konsert apabila artis itu meluahkan minatnya yang kian mendalam terhadap landskap muzik dan budaya negara ini.

Membuat penampilan keduanya di Malaysia menerusi konsert di Mega Star Arena KL, Sungei Wang Plaza esok, Jubin berkata, beliau baru-baru ini diperkenalkan kepada muzik rakyat Malaysia dan kini berminat untuk meneroka dengan lebih lanjut.

“Saya baru sahaja diperkenalkan kepada satu atau dua lagu rakyat dari Malaysia dan saya mahu mengenali muzik itu dengan lebih jauh,” katanya pada sidang media di sini.

Menurut penyanyi itu, pada kunjungan pertamanya dulu, beliau lebih tertumpu pada persembahan, namun kali ini beliau ingin berhubung secara lebih mendalam dengan suasana budaya tempatan.

Katanya kepelbagaian masyarakat di Malaysia, khususnya penghargaan yang tinggi terhadap muzik India, menjadikan negara ini sebuah destinasi penonton yang unik.

“Saya rasa kepelbagaian di sini sangat unik dan jenis muzik yang dinikmati masyarakat juga di luar jangkaan saya,” katanya.

Dikenali menerusi lagu-lagu seperti Tum Hi Aana, Lut Gaye dan Raataan Lambiyan, Jubin  meraih jutaan penstriman di seluruh dunia serta membina kelompok peminat yang kukuh menerusi vokal penuh emosi dan runut bunyi romantik dalam pelbagai filem Bollywood.

Pada konsertnya yang dijadualkan berlangsung antara dua setengah hingga tiga jam malam esok, Jubin menjanjikan persembahan hingga 70 lagu termasuk medley serta sesi nyanyian bersama-sama dengan penonton.

Jubin turut berkongsi beliau baru-baru ini membuat rakaman dengan komposer legenda India, A. R. Rahman, dan menyifatkan kolaborasi itu sebagai satu detik penting dalam kerjayanya. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: ALPHA cipta sejarah, tercalon di Anugerah Muzik Jepun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.