
KUCHING: Padawan Municipal Council (MPP) mengagihkan 32 tong sampah individu kepada pemilik premis perniagaan di sekitar Pusat Komersial Batu 7 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan meningkatkan tahap kebersihan dan pengurusan sisa di kawasan tersebut.
Pengerusi MPP, Tan Kai berkata, pengagihan tong sampah itu bertujuan membantu komuniti perniagaan dengan menyediakan tong baharu selain menggantikan tong yang hilang atau rosak.
Menurut beliau, penyerahan tong sampah kepada pemilik premis diharap dapat membantu membendung masalah pembuangan sampah secara haram di kawasan berkenaan.
Tan turut mengingatkan penerima supaya menjaga tong sampah yang diberikan kerana ia merupakan aset serta tanggungjawab pemilik premis.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tan bersama Kapitan Lee Tho Fung.
Dalam pada itu, orang awam turut diingatkan supaya sentiasa peka dan melaporkan kepada MPP atau Trienekens sekiranya berdepan sebarang masalah berkaitan tong sampah mereka.
Oleh Connie Chieng