Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat sekeluarga cedera ringan selepas kereta terbabas di Lebuh Raya Pan Borneo
  • KEMALANGAN

Empat sekeluarga cedera ringan selepas kereta terbabas di Lebuh Raya Pan Borneo

Utusan Sarawak 5 hours ago
 KEADAAN Perodua Bezza yang terbabas di bahu jalan di Jalan Repok, Lebuh Raya Pan Borneo, Sarikei. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Empat sekeluarga terselamat selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Repok, Lebuh Raya Pan Borneo, di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.57 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei digegaskan ke lokasi yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai.

ANGGOTA bomba membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan kendiri sebelum dihantar ke hospital. Foto BBP Sarikei.

“Setibanya di lokasi pada 1.12 petang, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah Perodua Bezza yang terbabas di bahu jalan.

“Kesemua mangsa iaitu seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang wanita warga emas dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Sentosa Parade
Next: Warga emas dipercayai dibaham buaya ketika memancing di Sungai Ridan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.