Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Vesel nelayan ditahan, sijil komunikasi tamat tempoh
  • JENAYAH

Vesel nelayan ditahan, sijil komunikasi tamat tempoh

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAHAN… Maritim Malaysia Zon Miri menahan sebuah vesel nelayan tempatan di perairan Lutong selepas didapati menggunakan sijil radas komunikasi yang tamat tempoh dalam operasi penguatkuasaan, semalam.

MIRI: Sebuah vesel nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Zon Miri selepas didapati melanggar peraturan apabila sijil peruntukan radas komunikasinya tamat tempoh dalam operasi di perairan Lutong, semalam. 

Vesel itu ditahan kira-kira 3.15 petang pada kedudukan 3.5 batu nautika barat Lutong hasil pemeriksaan rutin oleh aset penguat kuasa.

Pengarah Maritim Zon, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pemeriksaan lanjut mendapati vesel terbabit dikendalikan lima kru membabitkan seorang warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia antara 17 hingga 70 tahun.

DITAHAN… Lima kru vesel ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kegagalan memperbaharui sijil komunikasi itu menjadi kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Perintah tahanan dikeluarkan dan vesel bersama kru dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus memperhebat rondaan serta penguatkuasaan bagi memastikan semua vesel mematuhi undang-undang selain menjamin keselamatan perairan negara.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut diminta segera menyalurkannya kepada pihak berkuasa. 

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 43 warga asing ditahan dalam Operasi Imigresen Bersepadu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.