Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 10 hours ago
RINGGIT diniagakan tinggi berbanding mata wang utama namun lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dibuka hari ini.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal berhati-hati susulan peningkatan semula ketegangan konflik di Asia Barat yang menjejaskan harapan terhadap perjanjian damai antara AS dan Iran.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9100/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9070/9115 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) mendatar pada kira-kira 98 mata berikutan peserta pasaran menunggu data pekerjaan AS yang terkini dikeluarkan.

Sementara itu, katanya ringgit ditutup tinggi 0.42 peratus berbanding dolar AS kepada RM3.9093 semalam selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75 peratus.

“Mereka kekal yakin bahawa asas ekonomi yang kukuh dan dasar ekonomi yang baik akan membantu ekonomi negara mengekalkan momentum pertumbuhannya.

“Oleh itu, OPR yang stabil akan bersifat positif kepada ringgit. Sehubungan itu, mata wang tempatan dijangka kekal pada RM3.90 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.5872/5989 daripada 4.5978/6031 semasa ditutup semalam, meningkat berbanding pound kepada 5.3004/3140 daripada 5.3202/3263 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.4925/4990 daripada 2.4982/5013 semalam.

Mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0807/0890 daripada 3.0861/0901 semasa ditutup semalam dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1098/1479 daripada 12.1486/1687 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 225.5/226.2 daripada 225.4/225 dan berubah sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.47/4/6.49 daripada 6.46/6.48 sebelum ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: PUNB kurangkan kadar keuntungan pembiayaannya untuk bantu usahawan
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.