Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dikhuatiri hilang ketika memancing di Sungai Ridan
  • Utara
  • WILAYAH

Warga emas dikhuatiri hilang ketika memancing di Sungai Ridan

Utusan Sarawak 15 hours ago
PENCARIAN … Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari seorang warga emas dikhuatiri hilang ketika memancing di Sungai Ridan, Marudi.

MIRI: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas dipercayai keluar memancing di kawasan Sungai Ridan, Jalan Industri Sungai Ridan di sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Liew Mei Koon, 64, dilaporkan belum ditemui selepas motosikal, pakaian serta peralatan memancing miliknya ditemukan berhampiran jambatan sungai berkenaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 9.20 malam sebelum anggota dari BBP Marudi digerakkan ke lokasi.

DITEMUI… Motosikal mangsa serta beberapa peralatan memancing ditemui di lokasi mangsa memancing.

“Setibanya pasukan di lokasi pada 9.23 malam, didapati motosikal mangsa masih berada di tepi sungai berhampiran jambatan tempat mangsa dipercayai memancing.  

“Beberapa peralatan memancing turut ditemui di lokasi, manakala pihak polis juga berada di tempat kejadian bagi membantu operasi,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Difahamkan, adik mangsa memaklumkan bahawa orang kampung memberitahu abangnya meninggalkan motosikal di lokasi berkenaan sekitar 5.50 petang sebelum usaha pencarian awal dilakukan namun gagal menemui mangsa.

Pasukan bomba bersama polis menjalankan pencarian di sekitar  kawasan berhampiran, namun operasi terpaksa ditangguhkan pada 10.30 malam.

Operasi dihentikan sementara berikutan hujan renyai, keadaan gelap serta kekurangan pencahayaan di lokasi.

Pencarian akan disambung semula hari ini.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak ‘gempur’ motosikal pelajar, 110 kenderaan diperiksa dalam Operasi Khas
Next: Kes komersial meningkat 247, kerugian menurun RM4.18 juta setakat April 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.