Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Wanita meninggal dunia sebelum rawatan, keluarga infak ubat leukemia kepada pesakit lain
  • KESIHATAN

Wanita meninggal dunia sebelum rawatan, keluarga infak ubat leukemia kepada pesakit lain

Utusan Sarawak 17 hours ago
DR Mohd Hishamuddin Harun memberi penerangan kepada Sarimah Mingai. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ubat rawatan leukemia yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai untuk seorang wanita dari Limbang, Sarawak akan diinfak kepada pesakit lain yang memerlukan selepas beliau meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.

Sarimah Mingai berkata keluarganya reda walaupun segala usaha untuk membawa anaknya, Nurul Fithriyani Mahrip, 31, mendapatkan rawatan baharu tidak kesampaian selepas wanita itu mengalami jangkitan kuman ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Walaupun arwah tak sempat guna ubat itu, kami harap ia dapat bantu pesakit lain yang perlukan rawatan,” katanya kepada Bernama di Hospital Pakar Pusrawi di sini hari ini.

Beliau berkata keluarganya menetap di ibu kota sejak Oktober 2024, dan sudah tiga kali berpindah rumah sewa bagi memudahkan urusan rawatan Nurul Fithriyani yang disahkan menghidap leukemia kira-kira dua bulan selepas berkahwin.

Sarimah berkata anaknya yang meninggal dunia pada 11 April lepas sebelum ini aktif dan tidak mempunyai masalah kesihatan serius malah sempat menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mendirikan rumah tangga. 

Sarimah dan suaminya, Mahrip Onga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menderma dan menghulurkan bantuan sepanjang usaha mendapatkan rawatan untuk Nurul Fithriyani termasuk Hospital Pakar Pusrawi, PPUM serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada 5 April lepas, Fadillah berkesempatan menziarahi Nurul Fithriyani serta menyantuni kedua ibu bapa dan suaminya, Mohd Taufiq Abd Rahim.

Sarimah berkata anaknya telah menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi, pemindahan sumsum tulang dan pemindahan sel stem namun keadaan kesihatannya kembali merosot apabila sel kanser kembali menyerang.

Sementara itu, Pakar Perunding Hemato-Onkologi Hospital Pakar Pusrawi Kuala Lumpur Dr Mohd Hishamuddin Harun berkata Nurul Fithriyani menghidap kanser darah yang agresif dan memerlukan rawatan intensif serta kos tinggi.

Beliau berkata pesakit itu memerlukan rawatan antibodi atau terapi bersasar namun ubat berkenaan tidak terdapat di Malaysia dan perlu dibawa masuk dari luar negara.

“Kami berjaya mempercepat proses mendapatkan lesen dan bekalan ubat itu tetapi beliau meninggal dunia akibat jangkitan sebelum rawatan dapat dimulakan,” katanya.

Dr Mohd Hishamuddin juga berkata keputusan menginfakkan ubat dan baki dana kepada pesakit lain dibuat selepas mendapatkan pandangan panel syariah hospital. – Bernama

Continue Reading

Previous: KKM akan keluar pekeliling baharu berkaitan garis panduan waktu bekerja PPS – Dzulkefly
Next: Rabies ragut nyawa warga emas di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.