Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Fadhlina puji inisiatif pendidikan percuma kerajaan Sarawak
  • PENDIDIKAN

Fadhlina puji inisiatif pendidikan percuma kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
FADHLINA ketika mengadakan lawatan ke SMK Agama Limbang hari ini.

LIMBANG: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik inisiatif kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk melaksanakan pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak bermula tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, Kerajaan Persekutuan sentiasa menyokong inisiatif pendidikan yang dilaksanakan di Sarawak sebagai usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Dasar pendidikan percuma di Sarawak sangat bagus dan kita di peringkat Persekutuan amat mendokong serta menyokong apa sahaja inisiatif pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.

“Hubungan antara Persekutuan dan negeri mesti sentiasa dipelihara, dan keperluan kedua-dua pihak perlu dizahirkan melalui sokongan seperti ini.

“Setakat ini, semua inisiatif pendidikan di Sarawak mendapat sokongan penuh daripada KPM. Begitu juga isu berkaitan pelaksanaan dasar dan polisi kementerian yang turut mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Sarawak. Timbal balik hubungan ini sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina berkata kementeriannya akan mengadakan sesi libat urus terlebih dahulu sebelum melaksanakan konsep sekolah berkelompok di utara Sarawak yang sering berdepan masalah banjir.

Menurut beliau, sesi libat urus itu penting bagi mendapatkan pandangan masyarakat setempat selain memastikan sensitiviti komuniti dan keutamaan pendidikan diambil kira.

Katanya, cadangan mewujudkan sekolah berkelompok bagi menangani isu sekolah yang kerap dilanda banjir perlu mendapat persetujuan ibu bapa sebelum dipertimbangkan di peringkat dasar dan pelaksanaan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Dua sekolah di Limbang terpilih pelaksanaan PIPS, tingkat akses pendidikan awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.