Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Dua sekolah di Limbang terpilih pelaksanaan PIPS, tingkat akses pendidikan awal
  • PENDIDIKAN

Dua sekolah di Limbang terpilih pelaksanaan PIPS, tingkat akses pendidikan awal

Utusan Sarawak 4 hours ago
FADHLINA ketika mengadakan lawatan ke SMK Agama Limbang sambil diiring Datuk Hasbi Habibollah (lima kanan).

LIMBANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Limbang terpilih untuk pelaksanaan Peluasan Inklusif Prasekolah (PIPS) yang bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata PIPS merupakan inisiatif strategik untuk memastikan kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mendapat akses pendidikan awal yang saksama bersama rakan tipikal di peringkat prasekolah.

Katanya, program itu turut menekankan penyediaan akses pendidikan awal yang selamat, berkualiti dan inklusif khususnya kepada kanak-kanak di kawasan luar bandar.

“Kita juga akan melihat satu lagi pendekatan di Limbang iaitu menekankan akses pendidikan awal dengan menaik taraf kelas prasekolah di SMK Agama Limbang yang dijangka siap pada Jun tahun ini.

“Sementara itu, di SK Bandar Limbang, pembinaan baharu dua kelas prasekolah dijangka siap pada Mei ini.

“Secara keseluruhan, kehadiran kita di Limbang adalah untuk meneliti isu dan cabaran pendidikan setempat di samping menyokong pendidikan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang hari ini.

Fadhlina berkata, kementeriannya turut melaksanakan Solusi Isu Pendidikan Parlimen Limbang (SIPP) yang memberi tumpuan kepada penyelesaian bersepadu terhadap isu setempat termasuk infrastruktur, kebajikan guru dan keselamatan sekolah.

Menurut beliau, perbincangan turut diadakan bersama pelbagai agensi dan pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu berkaitan prasarana pendidikan serta keselamatan dan kesejahteraan guru serta murid.

Dalam pada itu, katanya, kementerian turut menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf prasarana pendidikan di tiga sekolah di kawasan berkenaan.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan Limpaku Pinang, Sekolah Kebangsaan Lubok Tekurok dan Sekolah Kebangsaan Telahak yang menerima peruntukan berjumlah RM624,125.10.

Peruntukan itu digunakan bagi kerja penyelenggaraan kuarters guru, prasekolah, laluan pejalan kaki dan tangki air.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Keputusan permohonan kemasukan ke UA, IPTA dan MARA BPT diumum 22 Mei – KPT
Next: Fadhlina puji inisiatif pendidikan percuma kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.