Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Sajak
  • WBS

Sajak

Utusan Sarawak 11 hours ago

Meniti Waktu

Embun jatuh menyapa bumi,
Sejuk menyentuh jiwa kelam,

Dinginnya membalut minda terkesima,
Menghidupkan benih harapan lama.

Mulanya embun menyelimuti alam,
Pagi membuka tirai cahaya,

Lantas mentari bangkit menebar emas,
Menghalau kabus derita semalam.

Wahai hidup, walau berliku,

Akanku gagah meniti waktu,
Masih tersisa seri cahaya,
Menjadi suluh perjalanan dunia.


Hazwan Mohd Nani






Pada Sempurnanya Akal yang Satu

Pada sempurnanya akal yang satu

Memanusiawi kau, aku, kita,

Ada gemerlapan bintang malam.

Berkerdip tanpa lelah menghiasi cakerawala.

Pada gemersik bisikan kenangan,

Ada hipokampus menuai memori,

Memetik semantik,

Agar kau masih insan,

Tidak terpuruk seperti asalnya nisyan.

Pada pantasnya garapan puisi,

Ada percikan neuron berdansa.

Merangkai simfoni.

Terpancar laksana bintang malam,

Menukil cahaya buat akal yang berfikir.


Nurfaizatul Aisyah,

UNIMAS






Rayu Sekuntum Layu 

Sekuntum bunga mekar 

Sejahtera kerana akar

Rona remajanya mulus

Kelopaknya mewangi tulus…

Sayangnya duri-duri dengki

Memijar dari batangnya sendiri 

Hingga cedera bahaya 

Merenggut nafas usia…

Tiada sekelumit prasangka 

Dari sela-sela 

Dedaunan setia manja

Demi polosnya sebelum layu

Kini melampiaskan rayu

Dari kekeringan nan kaku.


Shafida Rosllan

Continue Reading

Previous: Semiotika dan Logika dalam “Meracau Sepi”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.