Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi pembenihan awan perkasa paras air empangan Sarawak
  • TEMPATAN

Operasi pembenihan awan perkasa paras air empangan Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI Pembenihan Awan (OPA) Siri 4 akan diadakan di Sarawak pada 11 hingga 12 Mei. Foto: MET Malaysia

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 4 di Sarawak pada 11 hingga 12 Mei ini sebagai langkah proaktif meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama negeri.

Menurut kenyataan MET Malaysia, operasi itu memberi tumpuan kepada kawasan tadahan Empangan Bakun, Batang Ai dan Murum yang menjadi sumber penting bekalan air serta penjanaan tenaga hidroelektrik di Sarawak.

“Pelaksanaan operasi ini bertujuan membantu meningkatkan paras air di empangan utama, khususnya dalam menghadapi keadaan cuaca kering yang berpotensi menjejaskan bekalan air dan tenaga.

“OPA ini melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak serta beberapa agensi negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, operasi berkenaan akan dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi yang teliti dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kestabilan atmosfera dan corak pergerakan angin.

“Kawasan sasaran turut dipilih berdasarkan kehadiran awan yang berpotensi untuk proses pembenihan bagi memastikan keberkesanan operasi,” jelasnya lagi.

Orang awam turut dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MET Malaysia termasuk laman sesawang, aplikasi myCuaca serta media sosial.

Operasi Pembenihan Awan merupakan antara langkah intervensi yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurus sumber air khususnya ketika berdepan cuaca panas dan kering, bagi memastikan kelangsungan bekalan air serta penjanaan tenaga hidroelektrik di Sarawak kekal terjamin.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh kerjasama Jerman, sasar hab pelaburan hijau ASEAN
Next: OKSHE diserah kepada kementerian, perkukuh agenda warisan pintar Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.